Hai!
Memandangkan kelas hari ini hanya 1 masa je, jadi aku decide untuk semak latihan yang pelajar buat bersama dalam kelas. Save masa aku dari menanda latihan budak. Mihihi~ kita hidup perlu smart ok!
Setelah selesai mengadakan perbincangan latihan operasi bahagi dan sesi denda-mendenda pelajar tak hengat sifir, aku meneruskan pengajaran hari ini kepada pengenalan bab 1 tingkatan 1; Nombor Bulat.. Maka bermulalah sesi komunikasi dua hala bersama muridnya....
Aku : Nombor bulat adalah nombor yang awak semua selalu guna tu la, seperti nombor 0,1,2,3,...dan seterusnya.( bla bla bla...) Jadi kalau 0.1 kita panggil nombor apa?
Murid : Nombor perpuluhan cikgu!!
Aku : Bagus! Kalau 2/3, kita panggil nombor apa?
Murid : Pecahan!
Aku : OK, kalau nombor 15, adakah nombor bulat atau tak?
Murid : tak!!!
Confident betul diorang jawab! Aku pun terangkan balik definisi nombor bulat iaitu nombor yang tiada perpuluhan dan pecahan.. Aku pon tanya balik murid aku.
Aku : adakah 15 tu nombor pecahan ?
Murid : tak!
Aku : 15 tu nombor perpuluhan ke?
Murid : tak!!
Aku : jadi, adakah 15 tu nombor bulat?
Murid : tak!!!
Aku : kenapa pulak bukan nombor bulat..ye la 15 nombor bulat..
Semua murid diam. Then aku tanya soklan sama,"15 nombor bulat atau tidak.." Masih ada segelintir murid jawab " TAK!!" Yang lain diam blur..
(Face palm!!!)
Aku jadi terpana kejap..Bengang terasa kepala otak ini..Apakah dosaku sehingga anak murid aku susoh bena nok pehe aku mengaja!! Tanya diriku penuh persoalan..Grrr!
At the end of class memandangkan ada cikgu lain sudah menunggu diluar..
"Ok class, nanti kita sambung balik pengenalan nombor bulat..."
Beredar lah aku dengan hati penuh keciwa dan gundah gulana.. Tiap hari ko kena solat sunat taubat dengan hajat sekali:'/
OBJEKTIF PEMBELAJARAN TIDAK TERCAPAI..
Sekian dot dot dot
♡Sometimes it may look simple for you but not for them♡