Showing posts with label diari hati. Show all posts
Showing posts with label diari hati. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Where patient is the key......

Kerjaya guru ni memang mencabar..Bila aku lalui baru la taw level cabarannya setakat mana. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah! It's not as easy as you though...huhu. Fizikal mental kena kuat..

Sometimes akan rasa give up. Mahu lari dari segala masalah tapi kita tahu bahawa itu tak dapat selesaikan masalah..

Just stay calm. Jadi rasional.. Yup, BEGIN WITH END IN MIND.Lalui segalanya dengan hati terbuka..

 Where patient is the key ♡

Semoga cabaran yang datang menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya!

Sekolahku rumahku...erkk??!

Saturday, August 7, 2010

Kau yang Dia pilihkan untukku..

sekadar gambar hiasan


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhomu adalah redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Rujukan : asrar humaira;ketika Allah memilihmu untukku..
( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )

* oh, sooo talented~

Thursday, April 8, 2010

Prof. Philosophy



Semester kedua memerlukan  pelajar BSDP(K) fizik untuk mengambil subjek Falsafah Sains bagi memenuhi jam kredit kami. Kelas ini diadakan pada hari Isnin jam 8 PM  (Prof. Dr. Mat Rofa Ismail,nama pensyarah kami). Memandangkan kelas kami pada hari itu benar – benar padat bermula jam 8 AM sehinggalah jam 7 PM memang agak berat bagi saya untuk meneruskan lagi kelas Falsafah ini sehingga jam 10 PM. Itulah yang terlintas difikiran pada mulanya. 

Namun, nyata jangkaan saya meleset sama sekali. Inilah kali pertama sepanjang berada dikampus, saya merasa benar – benar teruja untuk menghadirkan diri ke kelas apatah lagi untuk skip kelas  jauh sekali. Saya merasa benar – benar beruntung dapat belajar bersama beliau. 

Fokusnya berkaitan dengan ilmu kosmos dan dikaitkan pula dengan metafizik. Gaya penyampaiannya yang berisi membuatkan kelas tidak membosankan sekaligus melenyapkan kelesuan saya. Beliau dengan gaya yang sederhana tetap menggamit perhatian saya. Tutur katanya lembut berhikmah dan mudah dihayati, maka saya mengerti mengapa beliau dikagumi dan diingati dikalangan para pelajar. 

Saya memang menyenangi beliau. Seakan ada suatu daya tarikan padanya. Kedut tua wajahnya terpancar  suatu sinar yang sukar untuk saya gambarkan. Tetapi hanya dapat saya katakan saya merasa tenang bila melihat riak wajahnya. Isi kuliahnya memang memberi  kesan pada saya. Penyampaiannya nyata hidup dan memberi makna. 

Tidak saya sedari rupanya alam ini begitu indah, unik serta menarik untuk diterokai. Penyampaiannya begitu dekat dihati. Saya rasa gembira Allah ,menghadiahkan saya beliau dalam selirat kehidupan saya. Alhamdullilah semoga Allah merahmatinya dan keluarganya..

Sunday, April 4, 2010

Ku Mencari..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Usai membersihkan diri,kucapai koleksi majalah yang sering menjadi teman dikala kebosanan melanda diri. Ku belek belek majalah Solusi yang baru saja dibeli beberapa hari yang lalu. Kesibukan tugas sebagai seorang pelajar membantutkan aku untuk menghabiskan bacaan dari koleksi majalahku ini. Sejak akhir-akhir ini, aku mengalami satu keadaan yang bercampur baur,didalamnya terisi dengan risau, datang juga rasa takut, singgah jua cinta, tersembul juga pening. Aku terasa suatu kesunyian yang tak jemu2 menjengahku.. walauku tahu Allah itu lebih dekat dari urat nadi. Namun aku tidak bersemangat, walau berusaha untuk membakar semangat,namun jika hadir hanya seketika.. Aku diserang cinta tetapi tidak pergi walau cuba menyisih. Ku didatangi rindu, tidak meminggir juga walau diri cuba merengkuhnya.. Aku masih bisa ketawa tetapi hati terasa kosong, terasa sedih tetapi tidak boleh menangis. Aku sunyi tetapi tak boleh keluar dari kesunyian. Ku mengharapkan seseorang yang dapat membantuku keluar dari belenggu itu namun ku sedar tiada sesiapa yang mampu menolong..
Sedangku membelek helaian demi helaian, aku tertarik pada sebuah puisi..Dan ku titipkan disini nukilan itu yang mungkin bisa mewakili bicara hatiku saat ini..

Ku Mencari

Puas sudah ku cari kebahagiaan,
Disisi teman-teman,
Ku dapat hanya kelalaian.
Kucari lagi,
Dihati seorang kekasih,
Ku dapat hanya kekecewaan
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari penuh kekosongan…
Oh, dimana lagi harus kumencari, membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduaan,
Rindu yang tiada haluan.
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari, apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti
Yang pasti kekosongan hati ini pinta diisi…
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta Agung,
Buat jiwaku yang merindukan hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan
Ku sedar,destinasi pencarianku disini,
Ku mencari-MU Tuhanku, mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan dan sinar cahaya iman.


* Buat diriku, semoga ketemu apa yang dicari.. sesungguhnya hanya Allahlah tempat sebaik baik pengaduan..dan kepadaNya jua kupohon segala kebaikan dunia dan akhirat..Dengan mengingatiNya hatikan menjadi tenang…
"Sesungguhnya Allah itu lebih dekat  dengan hamba-NYA  daripada urat darah"