Monday, October 28, 2013

My Class- Pen itu

Di suatu pagi, peristiwa kelas 1 Fasih.......................
 "Okay kelas, hari ni cikgu nak buat PBS sejarah bab 7. Ingat balik apa yang cikgu ajar sebelum ini".
Kelas kedengaran agak kecoh.
."ok, sume duduk diam, mulut tutup, tangan je yang gerak yer.."

Tiba-tiba bunyi kecoh datang dari tempat duduk depan, aku tengok ada 2 orang pelajar lelaki sedang gaduh - gaduh manja berebut pen..

Pelajar 1: Cikgu, dia ambik pen saya
Pelajar 2 : sik cikgu, ni pen saya..

Masing-masing datang mengadu kat aku pasal pen..Aku yang dah la kepala berserabut tengah handle budak-budak ribena lain buat PBS..haih!

Cikgu :  Awak ni dah besar pon nak gaduh pasal pen ke, umor masing-masing dah 13 taun, buat perangai cam budak umo 3 taun, meh sini bagi pen tu pada cikgu!!!  (mood :marah)

Kemudian salah seorang nampaknya beralah..Kawannya yang lain bagi pinjam pada sorang lagi yang takde pen tu..Aku dalam hati,tuhan je la tahu macam mana seksanya nak tahan gelak tengok muka ngan kelakuan sorang-sorang waktu tu..Gelak dalam perut je ler. (Bab-bab marah ni memang aku fail la sikit,asal ja nak marah jadi nak gelak..tak tahu la nape). Kalu dah tak tahan sangat pegi kat belakang kelas sengih sorang-sorang..hahaha!!

 Budak-budak tingkatan 1 ni memang perangai cam budak sekolah rendah lagi..kadang-kadang konpius 'aku ni ngaja sekolah rendah ke menengah'..

P/S : Mengajar menengah rendah ni kena banyak sabar & kreatif...tough,tough but it fun!

My Class- Lesu

Kelas math waktu kemuncak memang tak best..Dia punya lesu, fuh kalau dalam graf garis tu yang paling kemuncak tajam sekali..
graf garis
Namun bila difikirkan 'ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan' aku pon menggagahkan diri..
Kaki pun langkah masuk kelas 4D.. semua memasing mata merah sebab bangun dari tido bila cikgu masuk..'Parah'!

Cikgu : ok, kelas sume bangun!!! ha, awak pergi basuh muka..hari ini kita buat ulangkaji bab ungkapan kuadratik..
Sume pelajar layu aja,kertas latihan yang diedar dibuat tak endah jek.. Dalam hati aku' ish,tak bley jadi ni,I have to do something'..Dan aku pon melakukan anjakan paradigma..hahaha!!!
Cikgu : Ok, sekarang sapa nak volunteer buat kat depan,bley datang..(tapi memandangkan memang aku tau takde pon yang akan volunteer ke depan,aku belasah ja suruh) ok,awak..buat kat depan.
Budak tu pon dengan terpinga-pinga pegi le ke depan ambik marker...
Cikgu : Sekarang ni kalau awak sumer tak bantu kawan awak yang kat depan, satu kelas takbley balik!
Baru la satu kelas bersungguh buat latihan, heh puas hati aku!!  hohohoho!!!!

Lesson today :
*Banyakkan aktiviti penglibatan pelajar untuk merangsang mereka berfikir..
*Pastikan kelas dalam keadaan bersedia sebelum memulakan sesi PNP

KERJA,KERJA DAN KERJA!!!

"Ubah pekerjaan kita dari mencari keperluan hidup kepada memenuhi tujuan hidup supaya kita merasa setiap aktiviti penuh bermakna" (Prof Muhaya)

Ungkapan yang tersingkap ini memberi perspektif yang berbeza terhadap bidang pekerjaan..Usaha untuk memperbaiki diri.. feel lucky! 

P/S:  Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. 

Monday, September 23, 2013

BIARLAH AKU DI DAERAH INI
(karya Dr MAZA)

biarkan saja aku di daerah ini
sekalipun ada yang tidak gemari

daerah ini daerah tenang,
sekalipun ada yang kata usang
daerah ini daerah damai
sekalipun sukar untuk sampai
daerah ini daerah merdeka
sekalipun ada yang memeranginya

mereka kata: kau akan sayu di daerah itu
jawab: aku selalu bersama tuhanku,
ku pasrah padaNya, sehening tiupan salju
kernaNya, aku rasa jitu dan mampu
melebihi manusia beribu

kata mereka: ah, daerahmu itu jauh
jawabku: pada tuhan aku bersauh kukuh
yang jauh itu jiwa yang mungkir
padaku, daerah ini amat hampir

kata mereka: daerah kau itu sepi,
jawabku: aku tidak pernah sunyi
dengan alunan murni ilahi
yang sepi itu jiwa yang inginkan jeritan pujian
padaku, cukuplah dengan irama keredhaan tuhan

daerahku ini daerah berpendirian,
berpaksikan firman tuhan,
bukan hukum insan
bukan gema sorakan
bukan riuh tepukan

daerah ini tidak pernah peduli
apa kata abdi atau pembesar negeri
daerah ini berpasakkan nabi
bagindalah mimpi, bagindalah realiti

biarlah aku di daerah ini,
sendiri, membawa diri dan sanubari,
kerna aku mengerti,
ia amat suci dan abadi

DRMAZA 08


*Walau dimana saja berada, Dia sentiasa bersama...

Tuesday, November 2, 2010

Final Exam Mendekat

Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

 Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
 Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
 Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga
 Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
 Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
 Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
 Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni) Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
 Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
 Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
 Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
 Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
 Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
 Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
 Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
 Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss. 

P/S :  Aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload ?

Tuesday, October 5, 2010

Saturday, October 2, 2010

Mahu kopi?

           Pernah tengok logo ni? Logo ini dipercayai agak feymes dikalangan penggemar kopi 
(dalam kalangan orang2 agak berada terutamanya).
Ini merupakan logo untuk Starbuck company. Orang2 Islam khususnya ramai yang pergi minum kat Starbuck ni,tak taw la aku apa yang best nyer kopi Starbuck tu, sebab mahal=berjenama kot.
    Meh kita pakat lihat sejarah Starbuck..
Menurut sumber wiki,Starbuck adalah suatu coffeehouse company yang terbesar di dunia. Pendapatan bersih untuk syarikat ini adalah kira2  US$391 milion. 
Howard Schultz merupakan CEO atau pengerusi untuk syarikat ini. Si Howard ni telah menerima beberapa anugerah dari Israel durjana, khasnya Anugerah Ulangtahun ke-50 Rakan Zion Israel. 
Jadi kalau anda sumer boleh paham itu,jadi anda sumer mesti boleh memahami maksud 
sebenar logo dan nama syarikat itu.
 OK,orait..sekarang kita beralih pada pendedahan yang lebih eksklusif.
STAR= ISRAEL( maksud bintang). 
.  
BUCK= DUIT..
Jadi,usahlah ilang dlm terang kerana jelas tersuluh dimana duit yang telah anda alirkan pergi..
(oh,terasa diperbodohkan!@ lebih tepat lagi memang dibodohkan).Sebenarnya banyak lagi benda lain seperti logo yang ada pada kotak2 rokok n etc..
Nampaknya kita sememangnya hidup dalam dunia zionis!! 
Jadi sekarang apa yang anda boleh kawal adalah dimana anda membelanjakan wang anda dan apa yang kamu bekalkan pada mereka...
Now,kita patut lebih prihatin dengan perkara2 sebegini..jgn hanya menjadi pak turut saja.( sememangnya budaya pak turut amat disayangi oleh masyarakat kita terutama muda belia ni),Parah!!
MySpace
P/S 1:  Beli la barangan buatan Malaysia..atau buat la barang sendiri lagi inovatif+kreatif..
P/S 2: Sebagai Umat islam khususnya patut lebih berilmu agar tak tertipu maupun tertindas!
P/S 3 : pendedahan eksklusif yang lain..To Be Continue..........jeng3!!!