Ingatlah bahawa setiap yaup pasti akan menghadapi mati dan ianya tetap datang apabila sampai masanya. Tidak boleh diundur atau dipercepatkan walaupun sesaat.. Sperti dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud
"Tiap - tiap yang berjiwa (bernyawa) itu akan merasai mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
Surah l- Ankabut ayat 57
Oleh itu..
Wahai saudara hendaklah ingatDirimu itu akan kembaliMenemui Tuhan menuntut janjiDisaat ketika, disuatu hariSakaratul maut akan menghampiriNescayalah kita menemui MATI.
Apa yang dimaksudkan dengan mati adalah kembalinya diri rasia kita kepada Allah taala dan tamatnya perkhidmatan kita menjaga, menanggung dan mengembalikan diri rahsia Allah kepada diri Empunya Diri dan kita akan terus hidup kekal disuatu alam baru untuk selama-lamanya.
Bagi orang-orang yang dekat hubungannya dengan Allah,kelazimannya mereka daat mengetahui tanda- tanda dekatnya masa kematian melalui Laduni sebanyak 5 kali iaitu setahun sebelum mati,6 bulan sebelum mati,100 hari sebelum mati, 40 hari sebelum mati dan 7 hari sebelum mati dan seterusnya bergantung kepada martabat seseorang. Berita kematian ini disambut dengan penuh tenang dan senyuman oleh para abillah.
Akhir kalam, marilah kita renungi kata-kata seorang ulama tasauf yang berbunyi:
"Mati itu tiada sakat
Semakin hari bertambah dekat
Umpama ikan terlekat di pukat
Sekadar menanti tuannya angkat"
No comments:
Post a Comment