Thursday, January 8, 2015

Nomad New Year

Assalamualaikum

First of all, I would loike to say 

"Hello 2015, be nice to me,hokey!"

Hobi aku juga salah satunya adalah mengimbau kenangan lalu.. Pernah dengar lagu ni?

' sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa, meniti arus angkara....'

Belajar la dari sejarah. Sebab tu waktu sekolah ko kena belajar sejarah dik! Dan begitulah aku menjadi dewasa, bersama membawa sejarah..echewah! Daan, sejarah dewasa aku adalah dalam kehidupan N.O.M.A.D! Dewasakah??! Ahaks!

Setelah tamatnya SPM, bermula la kehidupan nomadku. Perak-Selangor- dan disinilah aku sekarang, 2015 masih di bumi Spain yang in a week tu ada la 1,2 kali takde letrik, jalan roller coasternya! Letihnya hidup bernomad *sigh

Ya,aku tahu hidup ini perlu sentiasa bersyukur, alhamdulillah....😊

Aku rasa aku akan mendapat status hidup nomad tetap buat masa ini memandangkan keadaan semasa sekarang, hoomaii! Dan diharap nomadnya aku seterusnya adalah di semenanjung aje la. Dah boleh cakap Spain sikit sikit tu kira ok la tuu..

AA, persinggahan si nomad dengan motonya 'Everyone keng fly'


Walaubagaimana sukar pon, kehidupan di sinilah yang banyak mematangkan aku. Bak kata Aris ariwatan 'manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang...' haa,giteew! Always think positive hokeh?!

Memandangkan tahun 2015 masih suam suam kuku, harapan aku untuk tahun ini adalah :
  • Memperbanyakkan amal  ibadat seiring dengan peningkatan usia 
  • Menambahbaik kualiti pekerjaan
  • Memahirkan diri dalam kerja rumah..oh adakah ini suatu seruan??! Huahaha!
  • Nak pindah! Nak pindah! Nak pindah! 😅

Diharap tahun ini memberi seribu berkah dan menjadikan diri lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.

Akhirulkalam, terimalah kata pujangga dari aku..ok,yang ini rare=p

kerana hidup ini singkat, jadikan ia sebagai persinggahan, sementara menunggu tuannya angkat- SS

Adios!








No comments:

Post a Comment