Salam sejahtera; untuk kau, dia dan mereka
Mata berlegar-legar menatap ruang langit angkasa. Luas. Tangan mencapai cerut bawa ke bibir bersama nyala. Kosong. Tiada yang mampu diterjemah dalam bentuk kata tentang aku punya rasa. Ralat.
Aku gali cari erti hidup ini sebelum mati. Infiniti. Sepi kembali dalam satu dimensi. Bersama rasa yang tersimpul mati didalam hati. Sunyi.
Sememangnya kau, aku dan mereka. Kita tiada pendua . Kerana itu usah kita berbahas kerana makna kita tidak sama.
Ah,adakah kau sedar aku sedang cuba mencoret apa yang aku rasa! Maafkan aku kira coretan ini tak seberapa kerana aku bukan pakar bahasa. Yang aku mahu hanya 'philosophia'!
Hi
Dup
No comments:
Post a Comment