Saturday, September 25, 2010

ada apa dengan NAMA

Aku ni jenis yang susah nak ingat nama orang lain. Dan aku memang kagum ngan sorang pesyarah fizik aku kat matrik perak, kami panggil dia Miss Chu, sebab dia punya kebolehan,boleh ingat dan kenal muka sorang-sorang pelajar dia dalam satu lecture hall besar yang seramai 100 lebih tu.Memang tabik spring la..

Jadi,disini aku selitkan beberapa tips nak ingat nama orang lain :

1) Lihat muka

lihat muka orang tu dalam imaginasi anda,kemudian lihat mukanya dari atas ke bawah,( harap2 dia tak pikir pelik2 pasal anda)

2) Gunakan sound trick

melebih2kan bunyinya dengan menggunakan itonasi pada setiap suku kata. contohnya "Tteeee naaaaa" kalau nama dia Tina..

3) Mendengar bunyi berulang kali

Lihat kedalam matanya semasa dia memperkenalkan dirinya dan menyebut namanya berulang kali dengan kuat. Tanyakan padanya : " betul ke cara menyebutnya begini dan begitu" atau "camne nak sebut nama tu" ataupun " boleh ulangnya lagi"..teknik ini memberi peluang kepada anda untuk mengingati nama mereka.

4) Catat

kalau bawa notebook,boleh la anda mencatat nama individu2 berkenaan untuk rujukan masa hadapan.

 Ini antara tips2 yang mungkin boleh membantu aku dalam mengingati nama individu2 berkenaan. Sebenarnya ada lagi beberapa tips tapi aku dah letih nak men'translate'kan dalam bm sebab tips2 yang aku dapat ni dalam bi sumernya..jika berminat boleh la link :

No comments:

Post a Comment